Friday, October 31, 2008
Cuba semak, mana tahu anda mewarisi tanah di NS
Di N.Sembilan ini begitu banyak tanah terbiar, terutamanya tanah adat. Bukan setakat tanah yang terbiar, malahan rumah banglo beratap genting yang tersergam indah pun banyak terbiar di N.Sembilan ini. Berlainan dengan negeri di pantai timur seperti Terengganu. Setiap tanah akan dibahagi-bahagikan kepada anak beranak untuk dibuat tapak rumah. Itu adalah hakikatnya.Tanyalah orang N.Sembilan siapa yang nak buat rumah di tanah adat ? Rata-ratanya menolak untuk membuat rumah atau mengusahakan tanah adat , termasuk golongan wanita seperti ibu dan kakak saya, menyebabkan tanah adat di N.Sembilan ini hampir tiada nilai. Akibatnya banyaklah tanah dan rumah terbiar di negeri beradat ini.Akibat dari itu kemungkinan besar banyak cukai-cukai tanah yang tidak berbayar, dan kemungkinan besar akan dirampas oleh kerajaan negeri.Kini kita boleh semak secara online di Pejabat Tanah Negeri Sembilan samada kita atau saudara mara kita , terutama datuk nenek kita samada mereka mempunyai tunggakan cukai tanah yang belum dibayar.Laman web Pejabat Tanah Negeri Sembilan ini http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukai_kp.php dan Pejabat Tanah Seremban ini http://cukaitanahseremban.blogspot.com memberikan begitu banyak informasi yang berfaedah untuk kita semua. Cubalah tengok, mana tahu kita mewarisi tanah ratusan hektar bernilai jutaan ringgit menunggu masa untuk dirampas.
Pejabat Tanah Dan Galian Diminta Kaji Semula Status Tanah - sumber BERNAMA
-- BERNAMA
Thursday, September 18, 2008
Penampalan Warta dan Notis 8A
Thursday, August 21, 2008
Surat Penghargaan
Monday, August 4, 2008
Liputan dari Sinar Harian
Diharap juga kerjasama daripada orang ramai supaya membuat semakan tehadap cukai tanah hakmilik masing-masing untuk mengelakkan daripada dikenakan Notis 6A.
Pihak Pentadbiran ini juga meletakkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Sinar Harian terutama cik Sharieza binti Ismail kerana hadir ke Unit Hasil Pejabat Tanah Seremban.
Orang ramai adalah diseru supaya mengambil peluang ini untuk menjelaskan segala tunggakan cukai tanah bagi Daerah Seremban.
Wednesday, July 30, 2008
Artikel Sinar Harian - Jumaat 25 Julai 2008
Artikel Akhbar Utusan
Monday, July 28, 2008
Perbincangan Bersama Wakil Utusan
Adalah menjadi harapan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ini agar peluang kempen ini dapat digunakan oleh orang awam untuk menjelaskan bil cukai tanah Seremban 2008 mereka. Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi terus ke talian di atas 06-6032200 sambungan ke Unit Hasil 226/227.
Tuesday, July 22, 2008
Sekitar Perjalanan Majlis Taklimat Cukai Tanah 2008 Bersama Pemaju.
Taklimat Cukai Tanah Bersama Pemaju Daerah Seremban
Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban 2, 22 Julai 2008 pada jam 9.00pagi satu Majlis Taklimat Penerangan dan Penyelarasan Cukai Tanah 2008 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis taklimat ini juga diadakan adalah kerana ingin mendapatkan maklum balas dan maklumat permasalahan yang berlaku ke atas setiap pemilik/pamaju mengenai Bil Cukai Tanah 2008 Daerah Seremban.
Tuan Pegawai Daerah Seremban Tuan Haji Mohd Bahrudin bin Mahfuz ,kakitangan serta pihak pentadbiran daerah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir iaitu:
- Nee Yan & Company, Sungai Ujong Trading Sdn Bhd - En. Yhong Fook Yeng Yeng,En. Ng Lip Chong
- Naga Sakti Sdn Bhd - Puan Pang Kim Lian,Imma haji A. Bakar
- Panji Timor Sdn Bhd - Puan Rahmah Ahmad
- Seremban Golf Resort Bhd - En. Sim Chung Pen
- Seri Pajam Development Sdn Bhd - En. Zainal Abidin Abdullah
- Matrix Concept Sdn Bhd - Hj. Mohd Ramly b. Hamzah,En. Mustaza bin Musa
- Prop Development Sdn Bhd - En. Roslan Abdul Manaf
- North Elegance Property Sdn Bhd - En. Chong Yoke Wen
- RB Land Sdn Bhd - Puan Suryati Taharin,Puan Ummi Susasteri Rafiei
- BCB Bhd - Puan Siew Hock Moi
- Era Baru Sdn Bhd/Pulangan Segar Sdn Bhd - Miow Siew Pin
- I & P Seriemas Sdn Bhd - Puan Rozifah Razali
- PKNNS - En. Ibrahim Hasnol,Haji A. Rahim Bakar
- United Properties Co-Operation Sdn Bhd - Puan Halijah Yunus
- Tempo Rekaan Properties Sdn Bhd - En. Mohd Sabri Ismail
- GUH Properties Sdn Bhd - Siti Afira binti Safari
- Park Properties Sdn Bhd - Puan Rokiah binti Rahim
- Sunrise MCL Land Sdn Bhd/Seremban Forest Heights - Taranjit Kaur
- Spring Avenue/Natland Sdn Bhd - Oh Kim Heng
- Loke King Loong Developments Sdn Bhd - Hamsalekshmy
- Mega Three Housing - Aundry Loke Chui Har
- Prestajaya Sdn Bhd - Alex Lim
- Majurama Development Sdn Bhd - Puan Gomi,Puan Siti Rahimah
- I & P Jawi Sdn Bhd - En. Haron Ali
- BBN Development Sdn Bhd - En. Jefri Ramli
- Esteem Networks Sdn Bhd - Goh Chan Yoon
- Summer Harvest Sdn Bhd - Nik M. Azman
- Darul Sasaran Sdn Bhd - En. Azlan bin Abdullah
- Wakil Akhbar Sinar Harian - Nursharieza
Pihak pentadbiran mengadakan kempen pengurangan 50% denda lewat sehingga 31 Ogos 2008. Kempen ini diadakan untuk meringankan bebanan pemilik/pemaju untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.Sebagai satu saluran untuk memberi pemahaman kepada semua pemilik mengenai tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah.Semoga semua pemilik dan pihak berkepentingan mengambil peluang dari kempen yang diadakan ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ejen yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa cukai tanah adalah wajib dijelaskan bermula dari 1HB JANUARI sehingga 31HB MEI setiap tahun.Sila hubungi Pihak Pentadbiran ini di talian 06-6032200 sambungan 226/227 untuk sebarang pertanyaan.
Thursday, July 17, 2008
Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban
WAKTU KAUNTER
ISNIN - KHAMIS 8.00PAGI - 4.00PTG
JUMAAT 8.00PAGI - 11.45PAGI ; 2.45PTG - 4.00PTG
Wednesday, July 16, 2008
Lawatan Sambil Belajar
SESI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA LAWATAN
Taklimat Cukai Tanah 2008 Bersama Wakil Pemaju Seluruh Daerah Seremban
1. Taklimat ini akan diadakan pada 22hb Julai 2008, Selasa pada pukul 9.00pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
2. Taklimat ini bertujuan untuk mengingatkan pemaju-pemaju perumahan bahawa cukai tanah bagi projek perumahan mesti dijelaskan walaupun projek tersebut terbengkalai mahupun tidak.
3. Dengan ini, ia akan dapat meningkatkan peratusan bil yang berbayar.
4. Taklimat ini juga menyediakan ‘platform’ kepada pemaju untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cukai tanah serta kempen yang sedang dijalankan.
Friday, July 11, 2008
Persoalan Mengenai Cukai Tanah
1. APAKAH ITU CUKAI TANAH?
Cukai Tanah merupakan cukai yang dikenakan ke atas tanah yang mempunyai hakmilik yang terdapat dalam sesebuah daerah dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri pada tiap - tiap tahun.
2. SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJELASKAN CUKAI TANAH?
Pemilik tanah, orang atau badan berkepentingan bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah bagi hakmilik masing - masing.
3. BAGAIMANAKAH CUKAI TANAH DITENTUKAN?
Cukai ditentukan mengikut:
- Kegunaan Tanah: Kediaman,Perusahaan,Perniagaan,Pertanian,
- Taraf Tanah: Mukim,Pekan,Bandar
- Kedudukan tanah
- Keluasan tanah
- Dalam atau luar kawasan Rezab Melayu - DESA
4. BOLEHKAH CUKAI TANAH DIBAYAR SECARA ANSURAN?
Tidak. Cukai tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mengikut jumlah yang dinyatakan di dalam bil.
5. BOLEHKAH BAYARAN TUNGGAKAN CUKAI SAHAJA DIJELASKAN PADA BIL CUKAI TAHUN SEMASA?
Tidak. Bayaran hendaklah dijelaskan bagi tunggakan cukai dan cukai semasa seperti yang dinyatakan di dalam bil.
6. ADAKAH CUKAI TANAH BOLEH DIBAYAR MENGIKUT BAHAGIAN PEMILIK SAHAJA, BAGI TANAH PERKONGSIAN?
Tidak. Cukai Tanah dikenakan mengikut keluasan yang dinyatakan di dalam hakmilik.
7. ADAKAH BIL CUKAI DIKELUARKAN KEPADA SETIAP PEMILIK YANG BERKONGSI TANAH?
Tidak. Hanya satu bil cukai akan dikeluarkan bagi satu hakmilik.
8. ADAKAH CUKAI TIDAK PERLU DIBAYAR SEKIRANYA PEMILIK TIDAK MENERIMA BIL?
Cukai Tanah hendaklah dibayar walaupun pemilik tidak menerima bil. Mereka boleh menghubungi atau datang terus ke kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan kaunter di Majlis Perbandaran Nilai untuk mendapatkan bil tersebut.
9. BAGAIMANA PULA DENGAN PEMILIK YANG TELAH BERTUKAR ALAMAT?
Pemilik tanah dikehendaki memaklumkan ke kaunter hasil mengenai pertukaran alamat supaya bil dapat dihantar mengikut alamat terkini.
10. ADAKAH PEMILIK MENDAPAT PENGECUALIAN DARIPADA MEMBAYAR DENDA LEWAT SEKIRANYA MEREKA MENERIMA BIL SELEPAS 31 MEI?
Denda lewat akan dikenakan kepada pembayar yang membuat pembayaran cukai tanah selepas 31 Mei. Sekiranya pemilik tidak menerima bil, mereka dikehendaki mendapatkannya di kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan kaunter di Majlis Perbandaran Nilai jika tidak mahu dikenakan denda lewat.
11. APA ITU NOTIS CUKAI TANAH ( BORANG 6A )?
Notis cukai tanah dikenali sebagai NOTIS 6A adalah notis tuntutan yang dikeluarkan kepada orang atau badan berkepentingan kerana cukai tidak dibayar selepas 31 Mei supaya menjelaskan bayaran yang dituntut.
12. BERAPA LAMAKAH TEMPOH NOTIS ITU?
Sekiranya pemilik telah menerima Notis 6A, mereka hendaklah menjelaskan bayaran yang dituntut dengan segera dalam tempoh tidak lebih 3 bulan.
13. ADAKAH KERAJAAN AKAN MEMBAYAR APA - APA PAMPASAN SETELAH TANAH TERSEBUT DIRAMPAS?
Tanah kembali dan terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri tanpa dibayar apa - apa pampasan.
14. APAKAH KESAN - KESAN DARIPADA PERAMPASAN KE ATAS TANAH?
a) Tanah tersebut akan menjadi Tanah Kerajaan.
b) Hakmilik tanah tidak sah dan tidak boleh digunakan.
c) Bebas dan dilepaskan dari segala tangggungan yang sedia ada atau yang akan timbul.
d) Apa - apa bangunan yang wujud atas tanah adalah terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri
15.Bilakah bil cukai tanah dihantar?
Bil akan dihantar mulai 2 Januari sehingga 31 Januari. Bil dihantar menggunakan pos dan bagi Pejabat Tanah Seremban, bil dihantar mengikut mukim. Bil bagi syarikat,ladang dan penempatan berkelompok dihantar pada dua minggu terakhir bulan Januari. Ini untuk memudahkan kami mengesan bil yang tidak sampai.
16.Bagaimana jika bil tidak sampai? Adakah saya masih perlu membayar cukai?
Anda masih perlu menjelaskan cukai anda walaupun tidak mendapat bil cukai tanah. Jika anda masih tidak mendapat bil cukai selepas minggu kedua bulan Januari, sila hubungi Unit Hasil Pejabat Tanah (06-6032200 sam 226/227). Kami akan mengirimkan bil yang baru secepat mungkin.
17.Bagaimana jika saya berpindah atau bertukar alamat?
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kami tentang pertukaran alamat. Tanggungjawab ini telah digariskan dalam Kanun Tanah Negara 1965. Ini boleh membantu kami menghantar bil ke alamat yang betul dan juga untuk memudahkan anda jika ada sebarang urusan lain di Pejabat ini.
18.Bagaimana jika saya dapati alamat pada bil salah/kurang tepat?
Sila maklumkan pihak kami dengan segera. Kami akan membetulkannya dan melakukan pembetulan bagi semua dokumen, termasuk geran tanah.
19.Saya dapati maklumat pada bil berlainan dengan rekod/geran tanah yang saya miliki. Bagaimana saya dapat memastikannya?
Sila maklumkan pihak kami dengan segera. Kami akan melakukan semakan dan memaklumkan semula kepada pihak anda dengan secepat mungkin. Jika ada pembetulan, kami akan membetulkannya.
20.Bagaimana saya boleh tahu jika saya dikenakan Notis Tuntutan Terhutang (Notis 6A)?
Saya mempunyai tunggakan cukai tanah sebelum ini. Saya bimbang jika Kerajaan merampas tanah saya disebabkan cukai bertunggak. Pihak kami akan menghantar surat peringatan yang menunjukkan tanah hakmilik anda sedang disenaraikan untuk perampasan. Jika anda tidak menjelaskan jumlah tunggakan selepas 30 hari, kami akan meneruskan prosedur perampasan. Jika anda telah menjelaskannya, sila hadir sendiri atau hubungi pihak kami untuk kami keluarkan nama anda dari senarai perampasan tersebut.
Thursday, July 10, 2008
Notis 6A
- apa-apa wang yang dibayar oleh pemegang gadaian hendaklah ditambah kepada bayaran yang pertama yang dikenakan kemudian daripadanya atas gadaian itu.
- apa-apa wang dibayar oleh pemajak,pemajak kecil ataupun penyewa boleh didapatkan balik dengan memotong jumlah wang itu daripada apa-apa sewa yang ia kena bayar pada masa itu atau kemudian itu kepada tuanpunya tanah itu atau kepada sesiapa daripadanya tanah itu dipegang.
- seseorang pemajak,pemajak kecil atau penyewa yang menanggung apa-apa tanggungan tambahan atau apa-apa potongan menurut seksyen itu boleh mendapat balik jumlah wang yang ditanggung atau dipotong itu dengan potongan sejumlah itu juga daripada jumlah bayaran sewa yang kena dibayar olehnya.
Wednesday, July 9, 2008
Taklimat Pelarasan Cukai Tanah.
- Gunung Fiber Optik Sdn Bhd - Puan Kalthum Abdul Karim
- Omnipro Industries Sdn Bhd - Puan Hanazirra Hussin
- Innovative Ecological System Sdn Bhd - En. Chan Siow Chin,Tan Siew Ang dan Ng Ah Lek
- Sunplus Industries Sdn Bhd - En. Hashim bin Abdul Karim
- Recron (M) Sdn Bhd - R.Loganathan
- Yamagata (M) Sdn Bhd - En. Michel Ong
- Lama Tile-Works Sdn Bhd - En. Lum Ten Fon dan Puan Najwa Nur binti Mohd Yusof
- EGA Recycling Sdn Bhd - En. Parameswaran
- SP United Industries Sdn Bhd - En.Lim Pee Chin
- Eurasia Resources Sdn Bhd - En.Teo Keng Pul
- Panglima Aces Sdn Bhd - En. Shaharudin bin Mohamad Noor
- Endeka Ceramics Sdn Bhd - Puan Siti Ayu binti Abu Hassan
- Industrial Concrete Products Bhd - Puan Hadhizah binti Othman
- APL Healthcare Sdn Bhd - Sauda Malar dan Mohd Amah
- Poly-Poxy Coating Sdn Bhd - En. Mohd Firdauss Choo
- NTM Global Sdn Bhd - En. Zainudin Abdul Rani
- Allied Devices Sdn Bhd - Khoo Choon Hawr
- Hai Cua Sdn Bhd - Lee Shun Tann
- Richachem (M) Sdn Bhd - Patricia Chin
- Eastern Soldar Engin. & const. Sdn Bhd - Lee Chee Yan
- Metalmarch Micro Technology Sdn Bhd - Lee Che Khow
Antara masalah yang dibangkitkan oleh pengusaha industri mengenai masalah yang berlaku terhadap kesilapan sistem adalah :
- Wujud dua hakmilik iaitu hakmilik sementara/qalified title (HSD) dan hakmilik baru/final title (GRN) pada sistem.
- Masih wujud hakmilik lama setelah penyatuan lot tanah dilakukan dimana hanya satu hakmilik yang sepatutnya wujud.
- Hakmilik yang telah di pecah lot dan hakmilik yang dipecah lot masih tidak wujud.
- Nama pada bil cukai masih lagi nama pemilik asal/lama.
- Bil tidak sampai kepada pemilik.
- Tukar syarat.
- Pemilik yang sudah tidak beroperasi/bankrupt.
Pentadbiran kami memerlukan kehadiran pemilik-pemilik tanah bagi mengatasi masalah bil-bil yang mencurigakan untuk di kemaskini dan disemak. Ini kerana ada segelintir pemilik tanah yang mendapat dua bil yang sama tetapi lot yang berlainan, nama pemilik bertukar, alamat pemilik bertukar ke alamat lama dan amaun cukai yang berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Pentadbiran kami akan memberi penerangan mengenai pelarasan cukai serta kesilapan yang berlaku bagi memperbaiki mutu perkhidmatan di pentadbiran daerah ini.
Pihak pentadbiran mengadakan kempen pengurangan 50% denda lewat sehingga 31 Ogos 2008. Kempen ini diadakan untuk meringankan bebanan pemilik untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.Sebagai satu saluran untuk memberi pemahaman kepada semua pemilik mengenai tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah.
Semoga semua pemilik dan pihak berkepentingan mengambil peluang dari kempen yang diadakan ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ejen yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa cukai tanah adalah wajib dijelaskan bermula dari 1HB JANUARI sehingga 31HB MEI setiap tahun.
Sila hubungi Pihak Pentadbiran ini di talian 06-6032200 sambungan 226/227 untuk sebarang pertanyaan.
http://www.waghih.blogspot.com/
Assalamualaikum Sdr Hafiz,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif pihak saudara mewujudkan satu Blog khusus berkenaan cukai tanah. Saya percaya ini adalah atas hasil usaha inisiatif saudara serta rakan-rakan. InsyaAllah saya akan cuba mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat menambahkan peruntukan kepada Pejabat Tanah agar mereka dapat mempertingkatkan kemudahan IT di Pejabat Tanah seluruh N.Sembilan ini. Kerana jika ianya dapat di “upgrade” dan diadakan kemudahan “On line” akan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu pemilik tanah dan kerajaan negeri.InsyaAllah saya akan “promosi” Blog saudara.Kalau dapat dimasukkan data berapa peratus hasil kutipan tanah setiap tahun dan berapa sasaran kutipan, berapa jumlah tidak berbayar setiap tahun dan sebagainya. Ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai, pihak atasan agar lebih peka akan kehilangan hasil kerajaan negeri akibat cukai tanah yang tidak dibayar.
Perkhidmatan On Line yang dicadangkan ialah orangramai boleh menyemak status bayaran cukai tanah mereka samada individu, syarikat dan sebagainya. Perkhidmatan on line ini penting terutama untuk tanah pesaka, tanah adat, yang tidak dapat lagi dikesan warisnya. Dengan adanya perkhidmatan on line ini, kita harapkan agar waris dapat mencari samada mereka masih mempunyai tanah dengan memasukkan No Mykad atau no perniagaan dsbnya.Juga maklumat berkenaan pindah milik tanah, tukar nama, status tanah pertanian, tanah adat dan sebagainya seharusnya dikemaskini dan dimasukkan dalam laman web Pejabat Tanah. Tetapi ini semua memerlukan penambahan peruntukan, sumber manusia, hardware dan software.MB, EXCO, Pengarah berkaitan harus peka akan keperluan semua ini.
Ianya adalah satu pelaburan untuk mendapatkan pulangan.Saya kerap berurusan dengan Pejabat Tanah di Rembau. Rata-rata saya berpuas hati dengan sistem dan layanan kakitangannya. Cuma kelemahan yang saya perhatikan ialah kemudahan infrastrukturnya, kekurangan staf IT sekiranya ada breakdown, ruang pejabat yang sempit, ruang menunggu yang terhad.Akhir sekali kempen berterusan adalah penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang kebanyakkan saya dapati kurang berpengetahuan dalam cukai tanah dan selok belok pemilikan tanah.Cadangan saya ini, boleh saudara “forwardkan” pada mana-mana pihak jika perlu.Sekian, wassalam.
Tuesday, July 8, 2008
Wednesday, June 18, 2008
DATA POS (RETURN MAIL)
- alamat pemilik tidak lengkap.
- alamat tidak dapat dikesan.
- pemilik telah berpindah.
3. Semakan dan pengemaskinian boleh di buat di kaunter pembayaran cukai tanah Pejabat Daerah Seremban, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan atau emailkan no hakmilik,mukim/pekan/bandar,no lot kepada Taskforce_seremban@yahoo.com.my
4. Pihak pentadbiran akan cuba mengesan alamat terbaru pemilik bagi menghantar bil cukai tanah yang dikembalikan. Tetapi pentadbiran tetap akan menghantar Surat Peringatan atau Notis 6A sekiranya hakmilik masih lagi tidak menjelaskan cukai tanah sebelum 31 Mei 2008 dan mempunyai tunggakan.
Thursday, June 5, 2008
Kempen 50% Pengurangan Denda Lewat Cukai Tanah Seremban
Pemasangan kain rentang atau 'banner' pemberitahuan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah Seremban sedang menjalankan Kempen pengurangan 50% Denda Lewat Cukai Tanah Seremban sehingga 31 Ogos 2008. Permohonan pengurangan 50% denda lewat hanya terhad jika membuat pembayaran di kaunter pembayaran Cukai Tanah Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan juga di Kaunter Pembayaran Cukai Tanah di Majlis Perbandaran Nilai. Permohonan dengan mengisi borang permohonan pengurangan di kaunter pembayaran. Tindakan Notis 6A akan tetap terus dijalankan dan sekiranya Notis 6A telah di endoskan, permohonan pengurangan 50% Denda Lewat tidak dapat diluluskan.
Monday, May 26, 2008
Kempen-Kempen-Kempen
Friday, May 23, 2008
Industri Tidak Beroperasi
Tugasan Luar Mukim
Thursday, May 22, 2008
Hakmilik Indusri Bermasalah
Penghantaran Notis 'by hand' ke Industri-industri Daerah Seremban
Penghantaran oleh Pasukan Petugas Khas kepada pemilik Industri.
Friday, May 16, 2008
TATACARA BAGI PERMOHONAN LETAK SYARAT NYATA MENGIKUT ARAHAN PTG BIL 1/2008
- Kegunaan sebenar atas tanah adalah bangunan kediaman tetapi dikenakan cukai mengikut syarat ‘Tiada’, bangunan sahaja atau bangunan perniagaan.
- Kegunaan sebenar atas tanah adalah pertanian tetapi dikenakan cukai mengikut syarat ‘Tiada’.
- Permohonan ini hanya digunapakai bagi hakmilik yang didaftarkan sebelum 1965
TATACARA BAGI PERMOHONAN LETAK SYARAT NYATA MENGIKUT ARAHAN PTG BIL 1/2008
Dokumen-dokumen yang diperlukan:
1. 2 salinan Borang 14
2. 1 salinan kad pengenalan pemilik tanah
3. 1 salinan hakmilik
4. Bayaran permohonan RM 28.00
5. 1 salinan Sijil Carian Rasmi *
6. 1 salinan bil/resit cukai tanah tahun semasa*
* Perkara 5 & 6, tidak diperlukan bagi permohonan SEBELUM 31 MEI 2008
Maklumat penting :
- Bagi hakmilik yang terdapat bebanan (kaveat, cagaran, gadaian atau pajakan) perlu disertakan Surat Kebenaran Bertulis daripada pihak berkepentingan.
- Bagi permohonan yang dibuat sebelum 31 Mei 2008, tidak perlu menjelaskan cukai tanah bagi tahun tersebut sehingga kelulusan diperolehi.
- Bagi cukai yang bertunggak, denda lewat bagi tahun 2006 dan 2007 akan dikecualikan.
- Bayaran premium tambahan dikecualikan.
Thursday, May 15, 2008
Pemasangan 'BANNER'
Taklimat Cukai Tanah Bersama Wakil-wakil Bank Daerah Seremban
- Taklimat dengan Wakil-wakil bank bagi mengesan pemilik-pemilik yang mempunyai Gadaian dengan bank yang terlibat.
- Taklimat ini telah diadakan pada 2hb April 2008 di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
- Penerangan telah diberikan kepada 17 orang yang merangkumi kewajipan menjelaskan cukai tanah dan apakah pemasalahan serta kesan jika tanah di rampas. Selain dari itu, penerangan mengenai cara-cara tukar syarat turut diberikan.
BAGAIMANA PIHAK BANK BOLEH MEMBANTU?
- Memaklumkan kepada pelanggan tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk membayar cukai tanah.
- Menjelaskan cukai tanah bertunggak bagi hakmilik yang dicagarkan kepada pihak Bank.
- Membantu mengemaskini alamat pemilik daripada rekod simpanan bank.
- Sentiasa berkomunikasi dengan pihak Pejabat Tanah untuk memastikan pelanggan menjelaskan cukai tanah.
- Memberi respons terhadap Notis 6A / surat peringatan yang disampaikan
Taklimat Cukai Tanah Bersama Pengerusi JKKK dan Pengerusi Rumah-rumah Ibadat Daerah Seremban
- Taklimat pengerusi (JKKK)dan pengerusi rumah-rumah ibadat di Seremban.
- Taklimat ini telah diadakan pada 19hb Mac 2008 di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
- Penerangan telah diberikan kepada 81 orang yang merangkumi kewajipan menjelaskan cukai tanah dan apakah pemasalahan serta kesan jika tanah di rampas. Selain dari itu, penerangan mengenai cara-cara tukar syarat turut diberikan.
BAGAIMANA PIHAK JKKK DAN PEMIMPIN MASYARAKAT BOLEH MEMBANTU?
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan - pejabat tanah
HARI BERTEMU PELANGGAN 2008
Hari: Selasa Minggu Kedua Setiap Bulan
Masa: 8.30 pg - 12.00 tgh
Tempat: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian N. Sembilan, Blok A & B, Tingkat 4, Wisma Negeri, Seremban.
KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH
DAERAH REMBAU
Tarikh: 18 Mei 2008
Masa: 9.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Balairaya Kg. Penajis"
Wednesday, May 14, 2008
Tunggakan Cukai Tanah
- Salah tanggapan bahawa jika cukai pintu telah dijelaskan maka cukai tanah tidak perlu dibayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu BERBEZA.
- Salah tanggapan bahawa jika tanah masih digadai dengan bank, maka pihak bank yang harus membayar cukai tanah tersebut.
- Masalah pembahagian harta pusaka yang berpanjangan.
- Waris tidak mengetahui tentang tanah yang sepatutnya diwarisi.
- Tanggapan bahawa tanah terbiar, rumah terbiar tidak perlu jelaskan cukai tanah.
- Sekiranya projek perumahan terbengkalai, pemilik yang berdaftar pada geran mesti menjelaskan cukai tanah.
- Pemilik tidak kemaskini alamat terkini. Ini mengakibatkan lebih 5000 bil cukai tanah 2008 dikembalikan ke pentadbiran ini.
- Terdapat rumah yang didiami oleh penyewa/waris yang tidak menghiraukan bil yang diterima.
- Masalah kadar cukai tanah dikenakan tidak mengikut kegunaan sebenar contohnya bangunan kediaman dikenakan kadar perniagaan.
- Sikap pemilik yang tidak bertanggungjawab dengan menjangkakan tiada tindakan akan diambil oleh pentadbiran ini.
- Tidak menerima bil cukai tanah. Mengikut Seksyen 93 dan 94 Kanun Tanah Negara, cukai tanah wajib dibayar setiap tahun. Tiada peruntukan di dalam Kanun yang menyebut jika bil tidak diterima maka cukai tanah tidak perlu dijelaskan
Di manakah pembayaran Cukai Tanah boleh dibuat?
- Di semua kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Sembilan.
- Semua pejabat pos berkomputer di Negeri Sembilan.
- Kaunter Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
- Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan di Wisma Negeri.
- Pusat Zakat Negeri Sembilan.
- Secara ‘online’ melalui laman web http://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
Mengapa cukai tanah perlu dijelaskan?
- Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang taat kepada undang-undang.
- Kutipan cukai digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan di Negeri Sembilan.
- Demi memacu kemajuan negeri rakyat perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar cukai Tanah.
Cukai Tanah Seremban Menjana Ekonomi Negeri
Menurut Kanun Tanah Negara, cukai bagi mana-mana Tanah bermilik yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri perlu dijelaskan daripada 1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun merangkumi Tanah yang diberimilik merangkumi semua jenis kegunaan tanah samada pertanian,kediaman,perniagaan dan yang lain-lain samada Tanah itu terbiar, tiada bangunan atau terbengkalai, cukai Tanah masih perlu dibayar setiap tahun pada kadar mengikut taraf mukim/pekan/bandar serta kegunaan tanah.
Kanun Tanah Negara ( Akta No.56 Tahun 1965 ) dan kenaikan adalah 10 tahun sekali.