Monday, July 28, 2008

Perbincangan Bersama Wakil Utusan

Perbincangan secara tidak langsung bersama wakil akhbar Utusan Encik Hussaini bin Amran telah dijalankan pada 28 Julai 2008 pukul 4.30petang bertempat di bilik mesyuarat Unit Hasil bersama wakil Pentadbir Tanah Seremban iaitu Penolong Pentadbir Tanah (Unit Hasil) Encik Wan Mud Shardihan bin Wan Dahalan dan Encik Abdul Karim bin Ahmad Fuad. Ini adalah sebagai alternatif seterusnya untuk membincangkan peluang dan ruang untuk Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban bagi menyampaikan maksud kempen yang sedang dijalankan oleh Pejabat Daerah Seremban mengenai Kempen Pengurangan 50% denda lewat Cukai Tanah Daerah Seremban.
Selain itu pelbagai lagi perkara turut dibincangkan mengenai strategi dan langkah bagi menarik perhatian orang awam untuk datang ke Unit Hasil Pejabat Tanah dan Daerah Seremban untuk membuat sebarang semakan mengenai hakmilik pemilik yang mempunyai tanah di Negeri Sembilan khasnya di Seremban dan masih tidak mengetahui status tanah samada mempunyai sebarang masalah yang berkaitan atau tidak. Adalah penting bagi pemilik untuk melakukan semakan untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah berkaitan sistem terbaru yang baru digunakan di Pentadbiran Daerah Seremban ini atau pun masalah-masalah yang berkenaan bil cukai tanah 2008.

Adalah menjadi harapan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ini agar peluang kempen ini dapat digunakan oleh orang awam untuk menjelaskan bil cukai tanah Seremban 2008 mereka. Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi terus ke talian di atas 06-6032200 sambungan ke Unit Hasil 226/227.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil akhbar Utusan kerana hadir bagi menjayakan dan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai sasaran 90% hasil kutipan cukai tanah 2008 bagi Daerah Seremban. Sekian.terima kasih

No comments: