SURAT PERHARGAAN DARI KOMENTAR ROZMAL BIN MALAKAN
http://www.waghih.blogspot.com/
Assalamualaikum Sdr Hafiz,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif pihak saudara mewujudkan satu Blog khusus berkenaan cukai tanah. Saya percaya ini adalah atas hasil usaha inisiatif saudara serta rakan-rakan. InsyaAllah saya akan cuba mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat menambahkan peruntukan kepada Pejabat Tanah agar mereka dapat mempertingkatkan kemudahan IT di Pejabat Tanah seluruh N.Sembilan ini. Kerana jika ianya dapat di “upgrade” dan diadakan kemudahan “On line” akan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu pemilik tanah dan kerajaan negeri.InsyaAllah saya akan “promosi” Blog saudara.Kalau dapat dimasukkan data berapa peratus hasil kutipan tanah setiap tahun dan berapa sasaran kutipan, berapa jumlah tidak berbayar setiap tahun dan sebagainya. Ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai, pihak atasan agar lebih peka akan kehilangan hasil kerajaan negeri akibat cukai tanah yang tidak dibayar.
Perkhidmatan On Line yang dicadangkan ialah orangramai boleh menyemak status bayaran cukai tanah mereka samada individu, syarikat dan sebagainya. Perkhidmatan on line ini penting terutama untuk tanah pesaka, tanah adat, yang tidak dapat lagi dikesan warisnya. Dengan adanya perkhidmatan on line ini, kita harapkan agar waris dapat mencari samada mereka masih mempunyai tanah dengan memasukkan No Mykad atau no perniagaan dsbnya.Juga maklumat berkenaan pindah milik tanah, tukar nama, status tanah pertanian, tanah adat dan sebagainya seharusnya dikemaskini dan dimasukkan dalam laman web Pejabat Tanah. Tetapi ini semua memerlukan penambahan peruntukan, sumber manusia, hardware dan software.MB, EXCO, Pengarah berkaitan harus peka akan keperluan semua ini.
Ianya adalah satu pelaburan untuk mendapatkan pulangan.Saya kerap berurusan dengan Pejabat Tanah di Rembau. Rata-rata saya berpuas hati dengan sistem dan layanan kakitangannya. Cuma kelemahan yang saya perhatikan ialah kemudahan infrastrukturnya, kekurangan staf IT sekiranya ada breakdown, ruang pejabat yang sempit, ruang menunggu yang terhad.Akhir sekali kempen berterusan adalah penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang kebanyakkan saya dapati kurang berpengetahuan dalam cukai tanah dan selok belok pemilikan tanah.Cadangan saya ini, boleh saudara “forwardkan” pada mana-mana pihak jika perlu.Sekian, wassalam.
Wednesday, July 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment