- Taklimat pengerusi (JKKK)dan pengerusi rumah-rumah ibadat di Seremban.
- Taklimat ini telah diadakan pada 19hb Mac 2008 di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
- Penerangan telah diberikan kepada 81 orang yang merangkumi kewajipan menjelaskan cukai tanah dan apakah pemasalahan serta kesan jika tanah di rampas. Selain dari itu, penerangan mengenai cara-cara tukar syarat turut diberikan.
BAGAIMANA PIHAK JKKK DAN PEMIMPIN MASYARAKAT BOLEH MEMBANTU?
Menyampaikan kepada penduduk di kawasan masing-masing tentang kempen membayar cukai tanah.
Memberi sedikit penerangan tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk membayar cukai tanah .Membantu mengesan dan menyampaikan bil-bil cukai Tanah kerana ahli-ahli JKKK lebih berpengetahuan tentang penduduk di kawasan masing-masing.Menampal kandungan taklimat ini di tempat-tempat awam seperti di masjid, surau, balai raya dan rumah-rumah ibadat seperti gereja dan kuil
No comments:
Post a Comment