Wednesday, January 14, 2009

Majlis Taklimat Pembahagian Harta Pusaka Kecil Dan Tanah Adat

ANJURAN BERSAMA :-
1. PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN.
2. UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN
PERSEKUTUAN.
3. PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN


Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban 2, 24 Disember 2008 pada jam 9.00pagi satu Majlis Taklimat Pembahagian Harta Pusaka Kecil Dan Tanah Adat telah berlangsung dengan jayanya. Majlis taklimat ini juga diadakan adalah kerana ingin mendapatkan maklum balas dan maklumat permasalahan yang berlaku ke atas setiap orang awam mengenai permasalahan yang melibatkan Harta Pusaka.Tuan Pegawai Daerah Seremban Tuan Haji Mohd Bahrudin bin Mahfuz ,kakitangan serta pihak pentadbiran daerah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan Puan Hajjah Karimah binti Othman (Ketua Penolong Pengarah Unit Pembahagian Harta Pusaka Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Negeri Sembilan)yang sudi hadir bagi menjayakan majlis ini .Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir.
Disamping itu, secara tidak langsung majlis taklimat ini juga dapat mendekatkan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Seremban dengan orang ramai serta tetamu yang hadir secara tidak langsung bagi mengenalpasti kekurangan dan mengatasi serta menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Taklimat ini diadakan sebagai satu saluran untuk memberi pemahaman kepada semua pemilik mengenai Harta Pusaka Kecil dan Tanah Adat.Semoga tetamu yang hadir dan orang ramai mengambil peluang dari taklimat yang diadakan ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ejen yang memaklumkan kepada orang ramai.Sila hubungi Pihak Pentadbiran ini di talian 06-6032200 sambungan untuk sebarang pertanyaan mengenai Harta Pusaka Kecil atau 06-7613939 Pejabat Pesaka Negeri Sembilan.

No comments: