Wednesday, July 30, 2008

Artikel Sinar Harian - Jumaat 25 Julai 2008


Kempen pengurangan ringankan beban pemilik


SEREMBAN – Pegawai Daerah Seremban, Mohd Bahrudin Mahfuz, yang menekankan kepentingan tanggungjawab rakyat yang mempunyai hak milik tanah menjelaskan cukai tertunggak demi memastikan pembangunan dapat dijalankan dengan berkesan untuk kemajuan negeri ini.


Artikel Akhbar Utusan


Cukai tanah: Diskaun denda lewat 50 peratus sebelum 31 Ogos


SEREMBAN 29 Julai - Orang ramai di sekitar daerah ini yang masih mempunyai tunggakan cukai tanah berpeluang menikmati diskaun denda lewat sebanyak 50 peratus sekiranya bayaran dibuat sebelum 31 Ogos depan.


Monday, July 28, 2008

Perbincangan Bersama Wakil Utusan

Perbincangan secara tidak langsung bersama wakil akhbar Utusan Encik Hussaini bin Amran telah dijalankan pada 28 Julai 2008 pukul 4.30petang bertempat di bilik mesyuarat Unit Hasil bersama wakil Pentadbir Tanah Seremban iaitu Penolong Pentadbir Tanah (Unit Hasil) Encik Wan Mud Shardihan bin Wan Dahalan dan Encik Abdul Karim bin Ahmad Fuad. Ini adalah sebagai alternatif seterusnya untuk membincangkan peluang dan ruang untuk Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban bagi menyampaikan maksud kempen yang sedang dijalankan oleh Pejabat Daerah Seremban mengenai Kempen Pengurangan 50% denda lewat Cukai Tanah Daerah Seremban.
Selain itu pelbagai lagi perkara turut dibincangkan mengenai strategi dan langkah bagi menarik perhatian orang awam untuk datang ke Unit Hasil Pejabat Tanah dan Daerah Seremban untuk membuat sebarang semakan mengenai hakmilik pemilik yang mempunyai tanah di Negeri Sembilan khasnya di Seremban dan masih tidak mengetahui status tanah samada mempunyai sebarang masalah yang berkaitan atau tidak. Adalah penting bagi pemilik untuk melakukan semakan untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah berkaitan sistem terbaru yang baru digunakan di Pentadbiran Daerah Seremban ini atau pun masalah-masalah yang berkenaan bil cukai tanah 2008.

Adalah menjadi harapan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ini agar peluang kempen ini dapat digunakan oleh orang awam untuk menjelaskan bil cukai tanah Seremban 2008 mereka. Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi terus ke talian di atas 06-6032200 sambungan ke Unit Hasil 226/227.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil akhbar Utusan kerana hadir bagi menjayakan dan merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai sasaran 90% hasil kutipan cukai tanah 2008 bagi Daerah Seremban. Sekian.terima kasih

Tuesday, July 22, 2008

Sekitar Perjalanan Majlis Taklimat Cukai Tanah 2008 Bersama Pemaju.

Persediaan untuk sessi bergambar bersama Tuan Pegawai Daerah Seremban Tuan Haji Mohd Bahrudin bin Mahfuz.

Sidang Taklimat dari Tuan Pegawai Daerah Seremban.


Penerangan mengenai Bil Cukai Tanah 2008 yang bermasalah dan pengagihan salinan bil cukai mengikut hakmilik masing-masing.


Taklimat Cukai Tanah Bersama Pemaju Daerah Seremban


Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban 2, 22 Julai 2008 pada jam 9.00pagi satu Majlis Taklimat Penerangan dan Penyelarasan Cukai Tanah 2008 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis taklimat ini juga diadakan adalah kerana ingin mendapatkan maklum balas dan maklumat permasalahan yang berlaku ke atas setiap pemilik/pamaju mengenai Bil Cukai Tanah 2008 Daerah Seremban.
Tuan Pegawai Daerah Seremban Tuan Haji Mohd Bahrudin bin Mahfuz ,kakitangan serta pihak pentadbiran daerah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan majlis ini.
Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir iaitu:

  1. Nee Yan & Company, Sungai Ujong Trading Sdn Bhd - En. Yhong Fook Yeng Yeng,En. Ng Lip Chong
  2. Naga Sakti Sdn Bhd - Puan Pang Kim Lian,Imma haji A. Bakar
  3. Panji Timor Sdn Bhd - Puan Rahmah Ahmad
  4. Seremban Golf Resort Bhd - En. Sim Chung Pen
  5. Seri Pajam Development Sdn Bhd - En. Zainal Abidin Abdullah
  6. Matrix Concept Sdn Bhd - Hj. Mohd Ramly b. Hamzah,En. Mustaza bin Musa
  7. Prop Development Sdn Bhd - En. Roslan Abdul Manaf
  8. North Elegance Property Sdn Bhd - En. Chong Yoke Wen
  9. RB Land Sdn Bhd - Puan Suryati Taharin,Puan Ummi Susasteri Rafiei
  10. BCB Bhd - Puan Siew Hock Moi
  11. Era Baru Sdn Bhd/Pulangan Segar Sdn Bhd - Miow Siew Pin
  12. I & P Seriemas Sdn Bhd - Puan Rozifah Razali
  13. PKNNS - En. Ibrahim Hasnol,Haji A. Rahim Bakar
  14. United Properties Co-Operation Sdn Bhd - Puan Halijah Yunus
  15. Tempo Rekaan Properties Sdn Bhd - En. Mohd Sabri Ismail
  16. GUH Properties Sdn Bhd - Siti Afira binti Safari
  17. Park Properties Sdn Bhd - Puan Rokiah binti Rahim
  18. Sunrise MCL Land Sdn Bhd/Seremban Forest Heights - Taranjit Kaur
  19. Spring Avenue/Natland Sdn Bhd - Oh Kim Heng
  20. Loke King Loong Developments Sdn Bhd - Hamsalekshmy
  21. Mega Three Housing - Aundry Loke Chui Har
  22. Prestajaya Sdn Bhd - Alex Lim
  23. Majurama Development Sdn Bhd - Puan Gomi,Puan Siti Rahimah
  24. I & P Jawi Sdn Bhd - En. Haron Ali
  25. BBN Development Sdn Bhd - En. Jefri Ramli
  26. Esteem Networks Sdn Bhd - Goh Chan Yoon
  27. Summer Harvest Sdn Bhd - Nik M. Azman
  28. Darul Sasaran Sdn Bhd - En. Azlan bin Abdullah
  29. Wakil Akhbar Sinar Harian - Nursharieza
Disamping itu, secara tidak langsung majlis taklimat ini juga dapat mendekatkan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Seremban dengan pemaju serta pembeli secara tidak langsung bagi mengenalpasti kekurangan dan mengatasi serta menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Pihak pentadbiran daerah ini juga berasa kecewa kerana terdapat segelintir pemaju yang tidak dapat menghadiri majlis taklimat ini kerana kurangnya kesedaran serta komitmen untuk menjelaskan cukai tanah bagi Daerah Seremban.
Pihak pentadbiran mengadakan kempen pengurangan 50% denda lewat sehingga 31 Ogos 2008. Kempen ini diadakan untuk meringankan bebanan pemilik/pemaju untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.Sebagai satu saluran untuk memberi pemahaman kepada semua pemilik mengenai tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah.Semoga semua pemilik dan pihak berkepentingan mengambil peluang dari kempen yang diadakan ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ejen yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa cukai tanah adalah wajib dijelaskan bermula dari 1HB JANUARI sehingga 31HB MEI setiap tahun.Sila hubungi Pihak Pentadbiran ini di talian 06-6032200 sambungan 226/227 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, July 17, 2008

Unit Hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

Kaunter pembayaran Cukai Tanah bagi Daerah Seremban

WAKTU KAUNTER

ISNIN - KHAMIS 8.00PAGI - 4.00PTG
JUMAAT 8.00PAGI - 11.45PAGI ; 2.45PTG - 4.00PTG

Wednesday, July 16, 2008

Lawatan Sambil Belajar


Pihak jabatan merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan kemudahan yang telah diberikan semasa lawatan pada 25hb Mac dan 26hb Mac 2008 yang lalu. Taklimat yang telah disampaikan semasa lawatan telah banyak membantu pihak kami di dalam merangka cadangan untuk semakan cukai yang akan datang.



SESI BERGAMBAR BERSAMA PESERTA LAWATAN

Taklimat Cukai Tanah 2008 Bersama Wakil Pemaju Seluruh Daerah Seremban


Taklimat bersama wakil-wakil pemaju di Daerah Seremban.

1. Taklimat ini akan diadakan pada 22hb Julai 2008, Selasa pada pukul 9.00pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

2. Taklimat ini bertujuan untuk mengingatkan pemaju-pemaju perumahan bahawa cukai tanah bagi projek perumahan mesti dijelaskan walaupun projek tersebut terbengkalai mahupun tidak.

3. Dengan ini, ia akan dapat meningkatkan peratusan bil yang berbayar.

4. Taklimat ini juga menyediakan ‘platform’ kepada pemaju untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cukai tanah serta kempen yang sedang dijalankan.

Friday, July 11, 2008

Persoalan Mengenai Cukai Tanah

SOALAN LAZIM BERKAITAN CUKAI TANAH

1. APAKAH ITU CUKAI TANAH?
Cukai Tanah merupakan cukai yang dikenakan ke atas tanah yang mempunyai hakmilik yang terdapat dalam sesebuah daerah dan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri pada tiap - tiap tahun.

2. SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJELASKAN CUKAI TANAH?
Pemilik tanah, orang atau badan berkepentingan bertanggungjawab untuk membayar cukai tanah bagi hakmilik masing - masing.

3. BAGAIMANAKAH CUKAI TANAH DITENTUKAN?

Cukai ditentukan mengikut:
  • Kegunaan Tanah: Kediaman,Perusahaan,Perniagaan,Pertanian,
  • Taraf Tanah: Mukim,Pekan,Bandar
  • Kedudukan tanah
  • Keluasan tanah
  • Dalam atau luar kawasan Rezab Melayu - DESA

4. BOLEHKAH CUKAI TANAH DIBAYAR SECARA ANSURAN?

Tidak. Cukai tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mengikut jumlah yang dinyatakan di dalam bil.


5. BOLEHKAH BAYARAN TUNGGAKAN CUKAI SAHAJA DIJELASKAN PADA BIL CUKAI TAHUN SEMASA?

Tidak. Bayaran hendaklah dijelaskan bagi tunggakan cukai dan cukai semasa seperti yang dinyatakan di dalam bil.

6. ADAKAH CUKAI TANAH BOLEH DIBAYAR MENGIKUT BAHAGIAN PEMILIK SAHAJA, BAGI TANAH PERKONGSIAN?

Tidak. Cukai Tanah dikenakan mengikut keluasan yang dinyatakan di dalam hakmilik.

7. ADAKAH BIL CUKAI DIKELUARKAN KEPADA SETIAP PEMILIK YANG BERKONGSI TANAH?

Tidak. Hanya satu bil cukai akan dikeluarkan bagi satu hakmilik.

8. ADAKAH CUKAI TIDAK PERLU DIBAYAR SEKIRANYA PEMILIK TIDAK MENERIMA BIL?

Cukai Tanah hendaklah dibayar walaupun pemilik tidak menerima bil. Mereka boleh menghubungi atau datang terus ke kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan kaunter di Majlis Perbandaran Nilai untuk mendapatkan bil tersebut.

9. BAGAIMANA PULA DENGAN PEMILIK YANG TELAH BERTUKAR ALAMAT?

Pemilik tanah dikehendaki memaklumkan ke kaunter hasil mengenai pertukaran alamat supaya bil dapat dihantar mengikut alamat terkini.

10. ADAKAH PEMILIK MENDAPAT PENGECUALIAN DARIPADA MEMBAYAR DENDA LEWAT SEKIRANYA MEREKA MENERIMA BIL SELEPAS 31 MEI?

Denda lewat akan dikenakan kepada pembayar yang membuat pembayaran cukai tanah selepas 31 Mei. Sekiranya pemilik tidak menerima bil, mereka dikehendaki mendapatkannya di kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan kaunter di Majlis Perbandaran Nilai jika tidak mahu dikenakan denda lewat.

11. APA ITU NOTIS CUKAI TANAH ( BORANG 6A )?

Notis cukai tanah dikenali sebagai NOTIS 6A adalah notis tuntutan yang dikeluarkan kepada orang atau badan berkepentingan kerana cukai tidak dibayar selepas 31 Mei supaya menjelaskan bayaran yang dituntut.

12. BERAPA LAMAKAH TEMPOH NOTIS ITU?

Sekiranya pemilik telah menerima Notis 6A, mereka hendaklah menjelaskan bayaran yang dituntut dengan segera dalam tempoh tidak lebih 3 bulan.

13. ADAKAH KERAJAAN AKAN MEMBAYAR APA - APA PAMPASAN SETELAH TANAH TERSEBUT DIRAMPAS?

Tanah kembali dan terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri tanpa dibayar apa - apa pampasan.

14. APAKAH KESAN - KESAN DARIPADA PERAMPASAN KE ATAS TANAH?

a) Tanah tersebut akan menjadi Tanah Kerajaan.

b) Hakmilik tanah tidak sah dan tidak boleh digunakan.

c) Bebas dan dilepaskan dari segala tangggungan yang sedia ada atau yang akan timbul.

d) Apa - apa bangunan yang wujud atas tanah adalah terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri


15.Bilakah bil cukai tanah dihantar?


Bil akan dihantar mulai 2 Januari sehingga 31 Januari. Bil dihantar menggunakan pos dan bagi Pejabat Tanah Seremban, bil dihantar mengikut mukim. Bil bagi syarikat,ladang dan penempatan berkelompok dihantar pada dua minggu terakhir bulan Januari. Ini untuk memudahkan kami mengesan bil yang tidak sampai.


16.Bagaimana jika bil tidak sampai? Adakah saya masih perlu membayar cukai?


Anda masih perlu menjelaskan cukai anda walaupun tidak mendapat bil cukai tanah. Jika anda masih tidak mendapat bil cukai selepas minggu kedua bulan Januari, sila hubungi Unit Hasil Pejabat Tanah (06-6032200 sam 226/227). Kami akan mengirimkan bil yang baru secepat mungkin.


17.Bagaimana jika saya berpindah atau bertukar alamat?
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kami tentang pertukaran alamat. Tanggungjawab ini telah digariskan dalam Kanun Tanah Negara 1965. Ini boleh membantu kami menghantar bil ke alamat yang betul dan juga untuk memudahkan anda jika ada sebarang urusan lain di Pejabat ini.


18.Bagaimana jika saya dapati alamat pada bil salah/kurang tepat?
Sila maklumkan pihak kami dengan segera. Kami akan membetulkannya dan melakukan pembetulan bagi semua dokumen, termasuk geran tanah.


19.Saya dapati maklumat pada bil berlainan dengan rekod/geran tanah yang saya miliki. Bagaimana saya dapat memastikannya?
Sila maklumkan pihak kami dengan segera. Kami akan melakukan semakan dan memaklumkan semula kepada pihak anda dengan secepat mungkin. Jika ada pembetulan, kami akan membetulkannya.


20.Bagaimana saya boleh tahu jika saya dikenakan Notis Tuntutan Terhutang (Notis 6A)?

Saya mempunyai tunggakan cukai tanah sebelum ini. Saya bimbang jika Kerajaan merampas tanah saya disebabkan cukai bertunggak. Pihak kami akan menghantar surat peringatan yang menunjukkan tanah hakmilik anda sedang disenaraikan untuk perampasan. Jika anda tidak menjelaskan jumlah tunggakan selepas 30 hari, kami akan meneruskan prosedur perampasan. Jika anda telah menjelaskannya, sila hadir sendiri atau hubungi pihak kami untuk kami keluarkan nama anda dari senarai perampasan tersebut.

Thursday, July 10, 2008

Notis 6A



Sekiranya hasil yang dikenakan bagi tanah/tanah-tanah dan yang kena dibayar bagi tahun untuk setiap tahun tidak berbayar dan adalah terhutang maka mulai 1hb Jun setiap tahun Notis 6A akan dikeluarkan dan diberi kepada pemilik.
Sekiranya Notis 6A yang dikeluarkan, pemilik adalah dengan ini dikehendaki dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis ini disampaikan, dan segala jumlah wang yang perlu dibayar adalah mengikut sebagaimana yang tercatat dalam ruangan tiga hingga enam jadual itu dan dijimlahkan dalam ruangan akhirnya.
Jika dalam tempoh tiga bulan jumlah yang sepatutnya dibayar masih lagi tidak dijelaskan sepenuhnya, maka menurut kuasa yang diberi oleh syeksyen 100 Kanun Tanah Negara, akan mengistiharkan dengan jalan perintah tanah/tanah-tanah itu dirampas dan menjadi ha Pihak Berkuasa Negeri.
Bagi pihak berkepentingan lagi adalah diberi notis bahawa (dengan tidak melemahkan apa-apa hak dibawah seksyen itu mendakwa tuanpunya itu secara terus) menurut kuasa peruntukan-peruntukan seksyen 98 Kanun Tanah Negara, hak-hak istimewa bagi mendapat balik bayaran-bayaran adalah seperti berikut :-
  • apa-apa wang yang dibayar oleh pemegang gadaian hendaklah ditambah kepada bayaran yang pertama yang dikenakan kemudian daripadanya atas gadaian itu.
  • apa-apa wang dibayar oleh pemajak,pemajak kecil ataupun penyewa boleh didapatkan balik dengan memotong jumlah wang itu daripada apa-apa sewa yang ia kena bayar pada masa itu atau kemudian itu kepada tuanpunya tanah itu atau kepada sesiapa daripadanya tanah itu dipegang.
  • seseorang pemajak,pemajak kecil atau penyewa yang menanggung apa-apa tanggungan tambahan atau apa-apa potongan menurut seksyen itu boleh mendapat balik jumlah wang yang ditanggung atau dipotong itu dengan potongan sejumlah itu juga daripada jumlah bayaran sewa yang kena dibayar olehnya.

Wednesday, July 9, 2008

Pengusaha/Pemilik Tanah Yang Hadir di Majlis Taklimat Penerangan dan Pelarasan Cukai Tanah 2008

Sesi soal jawab bersama Tuan Pegawai Daerah

Sekitar perjalanan Majlis Taklimat Penerangan dan Pelarasan Cukai Tanah 2008

Taklimat Pelarasan Cukai Tanah.


Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban 2, 9 Julai 2008 pada jam 9.00pagi satu Majlis Taklimat Penerangan dan Penyelarasan Cukai Tanah 2008 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis taklimat ini juga diadakan adalah kerana ingin mendapatkan maklum balas dan maklumat permasalahan yang berlaku ke atas setiap pemilik industri/pengilang/perusahaan mengenai Cukai Tanah Daerah Seremban.

Tuan Pegawai Daerah Seremban Tuan Haji Mohd Bahrudin bin Mahfuz ,kakitangan serta pihak pentadbiran daerah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan majlis ini.

Pihak pentadbiran mengucapkan setinggi perhargaan kepada :


  1. Gunung Fiber Optik Sdn Bhd - Puan Kalthum Abdul Karim

  2. Omnipro Industries Sdn Bhd - Puan Hanazirra Hussin

  3. Innovative Ecological System Sdn Bhd - En. Chan Siow Chin,Tan Siew Ang dan Ng Ah Lek

  4. Sunplus Industries Sdn Bhd - En. Hashim bin Abdul Karim

  5. Recron (M) Sdn Bhd - R.Loganathan

  6. Yamagata (M) Sdn Bhd - En. Michel Ong

  7. Lama Tile-Works Sdn Bhd - En. Lum Ten Fon dan Puan Najwa Nur binti Mohd Yusof

  8. EGA Recycling Sdn Bhd - En. Parameswaran

  9. SP United Industries Sdn Bhd - En.Lim Pee Chin

  10. Eurasia Resources Sdn Bhd - En.Teo Keng Pul

  11. Panglima Aces Sdn Bhd - En. Shaharudin bin Mohamad Noor

  12. Endeka Ceramics Sdn Bhd - Puan Siti Ayu binti Abu Hassan

  13. Industrial Concrete Products Bhd - Puan Hadhizah binti Othman

  14. APL Healthcare Sdn Bhd - Sauda Malar dan Mohd Amah

  15. Poly-Poxy Coating Sdn Bhd - En. Mohd Firdauss Choo

  16. NTM Global Sdn Bhd - En. Zainudin Abdul Rani

  17. Allied Devices Sdn Bhd - Khoo Choon Hawr

  18. Hai Cua Sdn Bhd - Lee Shun Tann

  19. Richachem (M) Sdn Bhd - Patricia Chin

  20. Eastern Soldar Engin. & const. Sdn Bhd - Lee Chee Yan

  21. Metalmarch Micro Technology Sdn Bhd - Lee Che Khow
Disamping itu, secara tidak langsung majlis taklimat ini juga dapat mendekatkan Pihak Pentadbiran Pejabat Daerah dan Seremban dengan orang awam bagi mengenalpasti kekurangan dan mengatasi serta menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Pihak pentadbiran daerah ini juga berasa kecewa kerana terdapat segelintir pemilik tanah yang tidak dapat menhadiri majlis taklimat ini kerana kurangnya kesedaran serta komitmen untuk menjelaskan cukai tanah bagi Daerah Seremban.
Antara masalah yang dibangkitkan oleh pengusaha industri mengenai masalah yang berlaku terhadap kesilapan sistem adalah :

  1. Wujud dua hakmilik iaitu hakmilik sementara/qalified title (HSD) dan hakmilik baru/final title (GRN) pada sistem.
  2. Masih wujud hakmilik lama setelah penyatuan lot tanah dilakukan dimana hanya satu hakmilik yang sepatutnya wujud.
  3. Hakmilik yang telah di pecah lot dan hakmilik yang dipecah lot masih tidak wujud.
  4. Nama pada bil cukai masih lagi nama pemilik asal/lama.
  5. Bil tidak sampai kepada pemilik.
  6. Tukar syarat.
  7. Pemilik yang sudah tidak beroperasi/bankrupt.

Pentadbiran kami memerlukan kehadiran pemilik-pemilik tanah bagi mengatasi masalah bil-bil yang mencurigakan untuk di kemaskini dan disemak. Ini kerana ada segelintir pemilik tanah yang mendapat dua bil yang sama tetapi lot yang berlainan, nama pemilik bertukar, alamat pemilik bertukar ke alamat lama dan amaun cukai yang berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Pentadbiran kami akan memberi penerangan mengenai pelarasan cukai serta kesilapan yang berlaku bagi memperbaiki mutu perkhidmatan di pentadbiran daerah ini.
Pihak pentadbiran mengadakan kempen pengurangan 50% denda lewat sehingga 31 Ogos 2008. Kempen ini diadakan untuk meringankan bebanan pemilik untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.Sebagai satu saluran untuk memberi pemahaman kepada semua pemilik mengenai tanggungjawab mereka untuk menjelaskan cukai tanah.
Semoga semua pemilik dan pihak berkepentingan mengambil peluang dari kempen yang diadakan ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai ejen yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa cukai tanah adalah wajib dijelaskan bermula dari 1HB JANUARI sehingga 31HB MEI setiap tahun.
Sila hubungi Pihak Pentadbiran ini di talian 06-6032200 sambungan 226/227 untuk sebarang pertanyaan.

SURAT PERHARGAAN DARI KOMENTAR ROZMAL BIN MALAKAN
http://www.waghih.blogspot.com/

Assalamualaikum Sdr Hafiz,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif pihak saudara mewujudkan satu Blog khusus berkenaan cukai tanah. Saya percaya ini adalah atas hasil usaha inisiatif saudara serta rakan-rakan. InsyaAllah saya akan cuba mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat menambahkan peruntukan kepada Pejabat Tanah agar mereka dapat mempertingkatkan kemudahan IT di Pejabat Tanah seluruh N.Sembilan ini. Kerana jika ianya dapat di “upgrade” dan diadakan kemudahan “On line” akan lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak, iaitu pemilik tanah dan kerajaan negeri.InsyaAllah saya akan “promosi” Blog saudara.Kalau dapat dimasukkan data berapa peratus hasil kutipan tanah setiap tahun dan berapa sasaran kutipan, berapa jumlah tidak berbayar setiap tahun dan sebagainya. Ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai, pihak atasan agar lebih peka akan kehilangan hasil kerajaan negeri akibat cukai tanah yang tidak dibayar.

Perkhidmatan On Line yang dicadangkan ialah orangramai boleh menyemak status bayaran cukai tanah mereka samada individu, syarikat dan sebagainya. Perkhidmatan on line ini penting terutama untuk tanah pesaka, tanah adat, yang tidak dapat lagi dikesan warisnya. Dengan adanya perkhidmatan on line ini, kita harapkan agar waris dapat mencari samada mereka masih mempunyai tanah dengan memasukkan No Mykad atau no perniagaan dsbnya.Juga maklumat berkenaan pindah milik tanah, tukar nama, status tanah pertanian, tanah adat dan sebagainya seharusnya dikemaskini dan dimasukkan dalam laman web Pejabat Tanah. Tetapi ini semua memerlukan penambahan peruntukan, sumber manusia, hardware dan software.MB, EXCO, Pengarah berkaitan harus peka akan keperluan semua ini.

Ianya adalah satu pelaburan untuk mendapatkan pulangan.Saya kerap berurusan dengan Pejabat Tanah di Rembau. Rata-rata saya berpuas hati dengan sistem dan layanan kakitangannya. Cuma kelemahan yang saya perhatikan ialah kemudahan infrastrukturnya, kekurangan staf IT sekiranya ada breakdown, ruang pejabat yang sempit, ruang menunggu yang terhad.Akhir sekali kempen berterusan adalah penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang kebanyakkan saya dapati kurang berpengetahuan dalam cukai tanah dan selok belok pemilikan tanah.Cadangan saya ini, boleh saudara “forwardkan” pada mana-mana pihak jika perlu.Sekian, wassalam.

Tuesday, July 8, 2008

SEMUA PEMILIK PERNIAGAAN,PERUSAHAAN RINGAN & BERAT, PEMAJU DAN PENGILANG SELURUH DAERAH SEREMBAN DIJEMPUT HADIR