Monday, May 26, 2008

Kempen-Kempen-Kempen


Pemasangan 'Banner' di seluruh Daerah Seremban akan dijalankan dalam masa terdekat untuk memberi perhatian kepada Pemilik-pemilik tanah supaya menjelaskan Cukai Tanah 2008 sebelum 31 Mei 2008 untuk mengelakkan pemilik dikenakan Denda Lewat dan Perampasan Tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri yang akan dijalankan selepas pemilik masih tidak menjelaskan Cakai Tanah 2008 serta hakmilik-hakmilik yang bertunggak. Pihak pentadbiran akan menjalankan penguatkuasaan bagi hakmilik yang bertunggak dengan menghantar Notis 6A sebelum 'PERAMPASAN TANAH' dilakukan.

Friday, May 23, 2008

Industri Tidak Beroperasi


Masalah Cukai Tanah Daerah Seremban yang masih bertunggak.
  1. Industi/Syarikat yang tidak lagi beroperasi.
  2. Status tanah yang dalam lelongan.
  3. Industri/Syarikat telah berpindah.
  4. Pertukaran nama Industri/Syarikat dan tidak dikemaskini di pentadbiran kami yang sepatutnya dilakukan pemilik.
  5. Alamat Industri/Syarikat yang tidak lengkap dan tidak dapat dikesan.




Tugasan Luar Mukim

Pergerakan Pasukan Petugas Khas ke lokasi Industri yang dikenalpasti masih tidak menjelaskan Cukai Tanah 2008 Daerah Seremban.
Tindakan penghantaran Surata Peringatan serta 'copy bil' Cukai Tanah 2008 Daerah Seremban kepada pemilik Industri sebelum tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya masih tidak lagi menjelaskan Cukai Tanah 2008 beserta tunggakan yang ada.
Disamping itu,Pasukan juga akan menerangkan lebih lanjut permasalan yang berlaku sekiranya bil pemilik yang masih tidak dihantar. Kesempatan ini juga pemilik akan diberitahu mengenai Kempen Pengurangan Denda Lewat sebanyak 50% akan diberikan dengan mengisi borang permohonan yang akan disediakan di kaunter pembayaran Pejabat Tanah dan Daerah Seremban.

Thursday, May 22, 2008

Hakmilik Indusri Bermasalah

Masalah yang dihadapi Pihak PTD Seremban ialah Industri yang masih tidak menjelaskan dan mempunyai tunggakan Cukai Tanah.

Industri tidak lagi beroperasi,perpindahan syarikat,pertukaran pemilik serta alamat Syarikat yang tidak dikemaskini oleh pemilik.


Sebagai inisiatif, Pasukan Petugas Khas akan menampal Notis Pemberitahuan serta mendapatkan alamat terbaru pemilik daripada sumber-sumber seperti maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan dan maklumat dari Majlis Perbandaran Nilai/Seremban.

Penghantaran Notis 'by hand' ke Industri-industri Daerah Seremban

Contoh Notis Peringatan Cukai Tanah 2008 yang di hantar kepada seluruh Industri Daerah Seremban.


Penghantaran oleh Pasukan Petugas Khas kepada pemilik Industri.




Penghantaran Notis Peringatan pembayaran cukai tanah beserta 'copy bil cukai tanah 2008' ke seluruh Industri-industri Daerah Seremban bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi Pihak Pemilik Industri mengenai kelewatan pembayaran cukai tanah.

Friday, May 16, 2008

TATACARA BAGI PERMOHONAN LETAK SYARAT NYATA MENGIKUT ARAHAN PTG BIL 1/2008

Digunapakai bagi kes-kes:
  1. Kegunaan sebenar atas tanah adalah bangunan kediaman tetapi dikenakan cukai mengikut syarat ‘Tiada’, bangunan sahaja atau bangunan perniagaan.
  2. Kegunaan sebenar atas tanah adalah pertanian tetapi dikenakan cukai mengikut syarat ‘Tiada’.
  3. Permohonan ini hanya digunapakai bagi hakmilik yang didaftarkan sebelum 1965
    TATACARA BAGI PERMOHONAN LETAK SYARAT NYATA MENGIKUT ARAHAN PTG BIL 1/2008

Dokumen-dokumen yang diperlukan:
1. 2 salinan Borang 14
2. 1 salinan kad pengenalan pemilik tanah
3. 1 salinan hakmilik
4. Bayaran permohonan RM 28.00
5. 1 salinan Sijil Carian Rasmi *
6. 1 salinan bil/resit cukai tanah tahun semasa*


* Perkara 5 & 6, tidak diperlukan bagi permohonan SEBELUM 31 MEI 2008

Maklumat penting :

  1. Bagi hakmilik yang terdapat bebanan (kaveat, cagaran, gadaian atau pajakan) perlu disertakan Surat Kebenaran Bertulis daripada pihak berkepentingan.
  2. Bagi permohonan yang dibuat sebelum 31 Mei 2008, tidak perlu menjelaskan cukai tanah bagi tahun tersebut sehingga kelulusan diperolehi.
  3. Bagi cukai yang bertunggak, denda lewat bagi tahun 2006 dan 2007 akan dikecualikan.
  4. Bayaran premium tambahan dikecualikan.

Thursday, May 15, 2008

Pemasangan 'BANNER'


Pemasangan 'Banner' oleh Pasukan Petugas Khas (taskforce) untuk menggalakkan pemilik membayar Cukai Tanah 2008.

Kutipan Luar Mukim Daerah Seremban.



KUTIPAN CUKAI TNAH 2008 LUAR MUKIM DI DAERAH SEREMBAN

Taklimat Cukai Tanah Bersama Wakil-wakil Bank Daerah Seremban

  1. Taklimat dengan Wakil-wakil bank bagi mengesan pemilik-pemilik yang mempunyai Gadaian dengan bank yang terlibat.
  2. Taklimat ini telah diadakan pada 2hb April 2008 di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
  3. Penerangan telah diberikan kepada 17 orang yang merangkumi kewajipan menjelaskan cukai tanah dan apakah pemasalahan serta kesan jika tanah di rampas. Selain dari itu, penerangan mengenai cara-cara tukar syarat turut diberikan.

BAGAIMANA PIHAK BANK BOLEH MEMBANTU?

  1. Memaklumkan kepada pelanggan tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk membayar cukai tanah.
  2. Menjelaskan cukai tanah bertunggak bagi hakmilik yang dicagarkan kepada pihak Bank.
  3. Membantu mengemaskini alamat pemilik daripada rekod simpanan bank.
  4. Sentiasa berkomunikasi dengan pihak Pejabat Tanah untuk memastikan pelanggan menjelaskan cukai tanah.
  5. Memberi respons terhadap Notis 6A / surat peringatan yang disampaikan

Taklimat Cukai Tanah Bersama Pengerusi JKKK dan Pengerusi Rumah-rumah Ibadat Daerah Seremban


  1. Taklimat pengerusi (JKKK)dan pengerusi rumah-rumah ibadat di Seremban.
  2. Taklimat ini telah diadakan pada 19hb Mac 2008 di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
  3. Penerangan telah diberikan kepada 81 orang yang merangkumi kewajipan menjelaskan cukai tanah dan apakah pemasalahan serta kesan jika tanah di rampas. Selain dari itu, penerangan mengenai cara-cara tukar syarat turut diberikan.

BAGAIMANA PIHAK JKKK DAN PEMIMPIN MASYARAKAT BOLEH MEMBANTU?

Menyampaikan kepada penduduk di kawasan masing-masing tentang kempen membayar cukai tanah.
  • Memberi sedikit penerangan tentang kepentingan dan tanggungjawab untuk membayar cukai tanah .
  • Membantu mengesan dan menyampaikan bil-bil cukai Tanah kerana ahli-ahli JKKK lebih berpengetahuan tentang penduduk di kawasan masing-masing.
  • Menampal kandungan taklimat ini di tempat-tempat awam seperti di masjid, surau, balai raya dan rumah-rumah ibadat seperti gereja dan kuil
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan - pejabat tanah

    Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan - pejabat tanah: "BERITA
    HARI BERTEMU PELANGGAN 2008


    Hari: Selasa Minggu Kedua Setiap Bulan


    Masa: 8.30 pg - 12.00 tgh


    Tempat: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian N. Sembilan, Blok A & B, Tingkat 4, Wisma Negeri, Seremban.



    KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH


    DAERAH REMBAU


    Tarikh: 18 Mei 2008


    Masa: 9.00 pg - 2.00 ptg


    Tempat: Balairaya Kg. Penajis"

    Wednesday, May 14, 2008

    KESAN PERAMPASAN TANAH HAKMILIK YANG TIDAK MENJELASKAN CUKAI TANAH
    1. Terlucuthak pemilik ke atas hakmilik itu dan menjadi tanah Kerajaan
    2. Tiada hak untuk membuat urusan-urusan:
      - Jualbeli tanah
      - Pindahmilik tanah
      - Cagaran ke atas tanah
      - Pesaka tanah

    Tunggakan Cukai Tanah

    MENGAPA CUKAI TANAH BERTUNGGAK?
    1. Salah tanggapan bahawa jika cukai pintu telah dijelaskan maka cukai tanah tidak perlu dibayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu BERBEZA.
    2. Salah tanggapan bahawa jika tanah masih digadai dengan bank, maka pihak bank yang harus membayar cukai tanah tersebut.
    3. Masalah pembahagian harta pusaka yang berpanjangan.
    4. Waris tidak mengetahui tentang tanah yang sepatutnya diwarisi.
    5. Tanggapan bahawa tanah terbiar, rumah terbiar tidak perlu jelaskan cukai tanah.
    6. Sekiranya projek perumahan terbengkalai, pemilik yang berdaftar pada geran mesti menjelaskan cukai tanah.
    7. Pemilik tidak kemaskini alamat terkini. Ini mengakibatkan lebih 5000 bil cukai tanah 2008 dikembalikan ke pentadbiran ini.
    8. Terdapat rumah yang didiami oleh penyewa/waris yang tidak menghiraukan bil yang diterima.
    9. Masalah kadar cukai tanah dikenakan tidak mengikut kegunaan sebenar contohnya bangunan kediaman dikenakan kadar perniagaan.
    10. Sikap pemilik yang tidak bertanggungjawab dengan menjangkakan tiada tindakan akan diambil oleh pentadbiran ini.
    11. Tidak menerima bil cukai tanah. Mengikut Seksyen 93 dan 94 Kanun Tanah Negara, cukai tanah wajib dibayar setiap tahun. Tiada peruntukan di dalam Kanun yang menyebut jika bil tidak diterima maka cukai tanah tidak perlu dijelaskan

    Bayaran Cukai Tanah 'Online'

    Bank-bank yang terlibat:
    1. Bank Islam
    2. CIMB Bank
    3. Hong Leong Bank
    4. Maybank
    5. Public Bank





    Di manakah pembayaran Cukai Tanah boleh dibuat?

    1. Di semua kaunter Hasil Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Sembilan.
    2. Semua pejabat pos berkomputer di Negeri Sembilan.
    3. Kaunter Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
    4. Kaunter Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan di Wisma Negeri.
    5. Pusat Zakat Negeri Sembilan.
    6. Secara ‘online’ melalui laman web http://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html

    Mengapa cukai tanah perlu dijelaskan?

    1. Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang taat kepada undang-undang.
    2. Kutipan cukai digunakan untuk aktiviti-aktiviti pembangunan di Negeri Sembilan.
    3. Demi memacu kemajuan negeri rakyat perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk membayar cukai Tanah.

    Cukai Tanah Seremban Menjana Ekonomi Negeri

    PENGENALAN
    Menurut Kanun Tanah Negara, cukai bagi mana-mana Tanah bermilik yang perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri perlu dijelaskan daripada 1 Januari hingga 31 Mei setiap tahun merangkumi Tanah yang diberimilik merangkumi semua jenis kegunaan tanah samada pertanian,kediaman,perniagaan dan yang lain-lain samada Tanah itu terbiar, tiada bangunan atau terbengkalai, cukai Tanah masih perlu dibayar setiap tahun pada kadar mengikut taraf mukim/pekan/bandar serta kegunaan tanah.
    Kanun Tanah Negara ( Akta No.56 Tahun 1965 ) dan kenaikan adalah 10 tahun sekali.

    CUKAI TANAH SEREMBAN

    Tanggungjawab untuk meningkatkan kutipan cukai Tanah bukan hanya terletak di bahu pentadbiran ini sahaja sebaliknya harus ditangani bersama sebagai rakyat yang bertanggungjawab "Demi menjana ekonomi Negeri Sembilan"

    SEKIAN TERIMA KASIH